Thursday, January 28, 2010

Bercuti Di Sabah (KK dan Kundasang) - Day 3, KUNDASANG

Hari ketiga di Sabah, dalam itinerary yang aku dah prepare, trip hari ni ialah ke Kundasang. So aku dah rent a car masa kat airport aritu, utk family aku gunakan ke Kundasang. Seperti biasalah, my handsome hubbylah yang kena drive... Kesian dia... Tapi yang tak bestnya kerete kancil jela.. Mahal sewa keta kat sini. Kancil tu je dh RM108 termasuk insurans. Tapi oklah, asalkan sampai. Cina tu hantar kereta kat Hotel around 12.30pm, meaning that I must bring the car back to the airport by 1.30pm tomorrow. Flight lak lambat. Lepas sign dokumen perjanjian, we all pun memulakan perjalanan.

Memang jauhlah Kundasang ni... Kalau tanya orang kat situ dalam 2 jam lebih. Yang tu no hal lagi, tapi yang tk bestnya, signboard teruk. Tkde langsung tulis ke Kundasang atau at least "To Mount Kinabalu". Luckily my hubby ni memang peramah n rajin bertanya. So selalu lah berhenti kat petrol station atau atau tanya je orang tempatan kat tepi jalan tu. And seperti yang aku mention td, org sini memang best... Helpful in many ways. Knowing that it will be cold up there, I have already bring everyone sweater excluding mine. Byk betul barang aku yang tinggal, sibuk sgt sediakan barang anak2 n hubby. Along the way, memang lalu perkampungan di Sabah, even passby Tamparuli gak. Area ni memang tk byk orang Islam rasanya, bayangkan setiap 500m mesti akan terjumpa anjing di jalan. We need to follow sign board to Ranau in order to reach Kundasang. At last tiba gak kami ke Kinabalu Pine Resort, hotel yang aku book. Hotel ni memang cantik view dia, and masa check in, reception tu dh bgtau, dia bg aku stay kat bilik yang boleh nampak pemandangan paling cantik kat sini, iaitu mengadap Gunung Kinabalu sendiri. Tak sabar rasanya nak jalan2 kat sini.

Lepas letak barang kat dalam hotel, we all terus ke Poring Hot Spring, another 15km drive up towards Ranau. We all have to reach there before 5.30pm, takut tk bleh masuk lagi after that. Nasib baiklah tiba dalam 5.30pm and it's open till 6.30pm.(untuk makluman, kat Sabah ni 6.30 dh gelap mcm maghrib, sbb tu diaorg berbuka posa dulu dr kita). Nak ke hot spring tu, kena lak lalu kawasan mcm hutan lipur, tak jauh sgtlah ke dalam, yg bestnya kena menyeberang jambatan gantung yang bawahnya ada waterfall yang cantik n deras betul airnya. Memang tk bleh mandilah kat air terjun tu. Tak lama berjalan akan jumpa satu open area tempat mandi air panas. Dia buat petak-petak and ada gak kolam kecik. Budak berdua tu mula2 sibuk panas2, yelah baru cecah, memanglah terasa panas. Lepas dah masuk, teruslah happy, almaklum dapat berendam. Aku tak prepare swimsuit diaorg, so kena pakai panties jela mandi. Faris geram je tgk dari atas. Seronok berendam, lebih kurang sejam kt sana, akupun ajak diaorg balik memandangkan hari dah nak gelap. Tak sedaplah sbb bwk Faris, pulak tu kena lalu skit laluan denai. At least dpt lah diaorg merasa berendam kat situ. Buat syarat.

Arrive at hotel and after refreshing, prepare ourselves for dinner at hotel (dinner utk 2 org dah termasuk dlm harga bilik), memang berbaloi. Lagi berbaloi, dinner kat situ nama je utk 2 pax tp mcm utk dimakan oleh 4@5 org..... Ada 1 sup, 2 set sayur, 2 main dishes. Masakan style China, memang la favourite aku esp part sayur tu. Dh kenyang perut, masa untuk berjalan2 sekitar resort, menikmati pemandangan malam dan udara nyaman. Is jugalah yang beralah dgn aku, dia suruh aku pakai sweater dia, dia pakai 2 helai T shirt + 1 singlet utk cover kesejukkan. Drive to nearby market selling local fruits and vegetables. Kawasan sekitar memang teruk berkabus, so tk berani nak drive jauh2 dari hotel. Night mkt tk semeriah kat Cameron lah, ataupun maybe bukan peak season so tak byk yang berniaga. End of 3rd nite

1 comment:

  1. hi.. saya menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu di kota kinabalu.. harga budget .. penghantaran ke airport dan hotel2 area kota kinabalu adalah percuma… siapa yang berminat boleh hubungi saya terus di talian 0138999242 ataupun di website kami http://www.kkrentacar.com … terima kasih.. selamat datang ke sabah di bawah bayu

    ReplyDelete