Thursday, January 19, 2012

New Post for New Year 2012




Tahun baru, tempat kerja baru, dan macam2 lagi yang berlaku selama setahun lebih aku tk tulis dlm blog ni...
Well ringkasan hidup aku last year and 2010:
Aku selamat melahirkan anak bongsu lelakiku pada 28 Oktober 2010 (Ahad). Bunting gajah aku kali ni... sepatutnya due 18 Oktober tp dia tk nak kuar2. Akhirnya kuar secara operation setelah 2 kali masuk ubat dan skt dah kuat, tapi bukaan tak membesar.
Gambo my latest HERO: FAIEZ NUR RASHID
(Sebenarnya hajat dihati nak letak nama Faiez Zikry tapi permintaan my mom suruh letak nama arwah abah, memandangkan dia lahir satu selepas arwah abah meninggal, jadi aku n is ikutkan je).
Takla sebesar manapun comel mak ni, 2.85 kg je, tp memang suka dok lama2 dlm perut. Aku 1st time dapat cuti bersalin sampai 3 bulan and kali ni aku berpantang sendiri kat umah. Is dan anak2 yang lain terutama Ika banyak membantu aku.
Faris dengan adik kesayangan dia... Memang sibuk je nak duduk
dkt dgn adik. Nampak sayang dia dengan Faiez...Family belah mak aku panggil dia Acip sempena nama abah, tp yang lain termasuk aku panggil dia faiez.
Masuk keja semula lepas confinement pada 26 Januari 2011. Aku ditukarkan menjaga desk Philippines dan yang tak bestnya bos kecik aku, Kak Shikin Haron yang popular dgn bossy dia.