Thursday, January 19, 2012

New Post for New Year 2012




Tahun baru, tempat kerja baru, dan macam2 lagi yang berlaku selama setahun lebih aku tk tulis dlm blog ni...
Well ringkasan hidup aku last year and 2010:
Aku selamat melahirkan anak bongsu lelakiku pada 28 Oktober 2010 (Ahad). Bunting gajah aku kali ni... sepatutnya due 18 Oktober tp dia tk nak kuar2. Akhirnya kuar secara operation setelah 2 kali masuk ubat dan skt dah kuat, tapi bukaan tak membesar.
Gambo my latest HERO: FAIEZ NUR RASHID
(Sebenarnya hajat dihati nak letak nama Faiez Zikry tapi permintaan my mom suruh letak nama arwah abah, memandangkan dia lahir satu selepas arwah abah meninggal, jadi aku n is ikutkan je).
Takla sebesar manapun comel mak ni, 2.85 kg je, tp memang suka dok lama2 dlm perut. Aku 1st time dapat cuti bersalin sampai 3 bulan and kali ni aku berpantang sendiri kat umah. Is dan anak2 yang lain terutama Ika banyak membantu aku.
Faris dengan adik kesayangan dia... Memang sibuk je nak duduk
dkt dgn adik. Nampak sayang dia dengan Faiez...Family belah mak aku panggil dia Acip sempena nama abah, tp yang lain termasuk aku panggil dia faiez.
Masuk keja semula lepas confinement pada 26 Januari 2011. Aku ditukarkan menjaga desk Philippines dan yang tak bestnya bos kecik aku, Kak Shikin Haron yang popular dgn bossy dia.

Wednesday, March 31, 2010

Went To Singapore for NATAS Travel Fair 2010 (25th Feb to 1st March 2010)

Well, since aku ni baru je jaga market Singapore, my Division Director suruhlah pi melawat tapak dan berkenal-kenalan dengan Overseas Directors kat sana. Tapi yang tak bestnya, ingatkan immediate bos aku (which is one of my best buddy) akan accompany aku, tapi bos suruh Deput Director dia pi sat (nasib dia pi 2 malam je). Event ni "local promo" which means organize by TM Singapore sendiri. That's mean on our part, nothing much to do. Just assisting them je.


Aku pun memang dah lama tak pi Singapore, last pi masa secondary school kot. Biasala org Johor, mesti pernahnya pi Singapore. And seperti biasalah, gi kali ni lain lah skit sbb company sponsor. Naik flightpun MAS and stay kat 5 stay hotel tu (Grand Hyatt Hotel) kat dgn Orchard Road. Bukan tourism demand tapi ada dua je hotel (which are owned by Sultan Brunei) yang makanannya confirm suci dan halal. Yang lain tu diragui. Lagi satu yg best, disebabkan bilik deluxe biasa dah penuh, so TM Singapore office allocate me and En Nasir (my deputy Director) in Grand Deluxe King. Kalau lah budak tu and Is dah ada passport, confirm aku bwk dah. Bilik besar stay sorng2, boring siot.


So on 25th tu, seperti biasa, my hubby and Faris (my youngest son) sent me to the KLIA airport. Dah lama tk tinggalkan diaorg, terasa gak sedih. Nasiblah si kecik tu rapat dgn ayah dia.

Flight kul 11.50 but aku arrive 2 hours earlier (international flight). tapi skrg la ni dh senang, leh book seat and check in kat kiosk je. Touch skrin kat KLIA tu. Lepas dh dpt boarding pass, bru pi check in bag. Is kenalah drive balik dgn si kecik tu je. Dia dah bwk car seat and mainan2 dia. (prepare takut dia boring).


Tiba Changi aiport around 12.45tgh, but settle with the luggage, so kuar airport around 1.15pm. Driver dah tunggu kitaorg kat exit utk bwk aku n my bos ke hotel dulu. Check in and ptg around 4 pm, pick us up for a briefing with all the participating agents at Tourism Malaysia Singapore office. Aku memang dah kenal dah Deputy Director kat sana sbb diaorg pun dari HQ gak, so tkde masalah sgt. Bos depa aku memang pernah nampak, tapi tk pernahlah bertegur sapa.

Friday, February 19, 2010

Khabar Yang Tak Diduga

Mesti ada yang suspen dengan tajuk ni. Memang pun suspen, especially untuk aku and Is. Citer dia aku dah miss period lebih kurang 7 hari. Semalam after lunch aku pening and habis keluar balik apa yang aku makan masa lunch. So gilah klinik, and doktor bagi ubat angin. Suspen masih suspen tapi malas nak check. Akak Kamariah tu lak cakap, "entah-entah pregnant". Lagilah aku cuak. Tapi still maintain relaks lagi.

Pagi ni akibat tak dapat tido dgn lena, akupun pilah ke klinik Salma untuk buat pregnancy test. and after seeing the doctor, it;s confirm that i'm pregnant for about 4 weeks. Due will be around 18th October 2010. Hahaha, nak gelakpun ada, takutpun ada. Bukannya apa, sbbnya masa Faris aritu aku operate. Jadi advise dari doctor, seelok-eloknya jarakkan. Tapi kalau dah tuhan nak bagi rezeki, dengan cara halal pulak tu, takkan aku tak terima. Masa baby ni lahir sok, Faris umur dalam 1 tahun 4 bulan. Sekarang dia baru je 8 bulan.

Akupun dengan rasa berdebar-debar terus call is, and cakap tak taulah dia rasa berita ni berita baik atau kurang baik dari pandangan dia. Lepas je aku bgtau aku pregnant, dia terus ckp alhamdulillah. Tkpelah tuhan dah nak bagi kita anak lagi. Aku bgtau dia this will be the last one, because after this aku nak tutup kilang and nak concentrate jaga anak and kuruskan badan je. Elok lak hari ni gak, Is kena anta mak n adik dia ke airport untuk ke Limbang, Sarawak (nak jaga kak long dia yang tengah sarat and tunggu masa nak bersalin). So around 4 lebih, aku mintak keluar awal sbb nak anta mak is ke airport. Is ambik aku kat opis dengan mak n adik dia. Rupanya dia dah awal2 bgtau mak dia pasal aku.

Hihihi, memang banyak tul dugaan, aku dapat berita ni lepas Is ada problem dengan tempat kerja dia. Aku tau dia dalam masa yang sama tertekan gak, tapi tetap belaja terima hakikat. Sama-samalah kita hadapi ujian dari Allan ni ye SAYANG. Selagi awak masih sayangkan saya n anak-anak, selagi tulah saya tetap SAYANG and setia pada awak.

Thursday, January 28, 2010

Bercuti Di Sabah (KK dan Kundasang) - Day 4, BACK TO KL

Rasa macam nak lepak lagi kat sini... Sebabnya, masih lagi tk nampak Mount Kinabalu dari balkoni bilik... Couple sebelah tu dah dari smlm tunggu dgn kamera canggih nak dapatkan best shot dari situ, tapi kenalah tunggu cuaca panas skit... maybe around 12pm nampaklah kot. Unfortunately we all have to go back to KK, as promised, to return the car at the airport by 1.30pm.

Yang tak bestnyaaaa....... gilalah nak menunggu kat situ sampai kul 5.40pm. After check out, we went to Kinabalu Park just to have an express view of that place. Kinabalu Park is the entrance to Mt Kinabalu, and located at 1,585 metres above sea level and is the main starting point for the summit trail that leads to the top of Mt Kinabalu. Its covers an area of 754 sq km and is made up of Mount Kinabalu, Mount Tambayukon and the foothills.

Yang kelakarnya, disebabkan tebalnya kabus pagi tu, kitaorg terlepas jalan masuk ke situ. Dah dekat 10km terlepas baru perasan, and bila tanya org, SAH dah terlepas. Tapi disebabkan bukannya senang nak ke Sabah ni, so aku n Is decide patah balik je. Masa kat bwh tu bru nampak puncak gunung kinabalu. Itupun belah atas dia skit je. Apalagi, turunlah berposing berlatar belakangkan gunung tertinggi kat Asia tu. Drive punya drive, tibalah kitaorg ke Kinabalu Park. Memandangkan nak mengejar masa, and semua aktiviti bermula jam 9pg, aku n family just managed to drive around the park. Melihat chalet2 dan pemandangan yang menarik terletak kat dlm tu. Dapat tangkap gambar sebagai bukti dah tiba kat Kinabalu Park, we all pun drive balik menuju terminal LCCT di KK.Lamalah kena tunggu kat airport. Sbbnya anta keta kul 1.00ptg. Flight kul 6 lebih. Boring gak tapi nak buat camana, kalau pulang lambat nanti kena byr RM30 per hour. As usual la, Air Asia selalu delay flight, so flight aku delay pulak kul 6.40pm. Bertambahlah 1 jam lagi keboringan kat sana. Terus call abg titik bgtau flight delay and maybe tiba kul 9 lebih.

Dalam flight balik, Faris lak buat hal, menangis beria. Maybe penat kot, sbb tak cukup tdo. Mana taknya, mak n ayah dia dok berjalan je. Pack betul jadual. Sape yang pernah dengar Faris menangis, taulah mcamana kuat dan besar suara dia. Bleh dikatakan hampir semua org lah toleh tgk sapelah baby yg nangis tu. Aku n Is terpaksalah maintain cool. Bergilir-gilir berdiri kat belakang, tmpt stewardess uruskan makanan. Still gak tak berhenti. So spt biasa, ayah dialah penyelamat. Nak tau apa yang hubby aku buat??? Dia bwk Faris masuk dlm toilet. Sbbnya kat dlm toilet tu ada cermin. So apa lagi, Faris memang suka tgk cermin, so tersengih2 lah dia kat dlm tu. (mengikut apa yg Is citerlah). Aku tak tau apa depa berdua buat kat dlm toilet tu, cuma aku perasan dah tk dgr suara Faris, and both of them, dh tkde dah kat belakang kabin.Tepat jam 9.15mlm aku touch down kat KL. Huuuhh, relief betul rasa, sbb dah selamat sampai ke KL. Lepas ambik luggage, terus tunggu Abg Titik kat arrival exit. Mcm biasa, lepas naik je keta, anak2 aku (esp Nana) sibuklah bercerita dgn auntie dia apa yg dh jadi sepanjang perjalanan. Aku memang dh tk larat, membuta sepanjang perjalanan ke rumah. So bagi tahun ni, nilah Trip yang paling jauh anak2 aku pi, yelah slalunya asyik dok pi Tganu je... Nak buat camana, mak dia business batik...

Bercuti Di Sabah (KK dan Kundasang) - Day 3, KUNDASANG

Hari ketiga di Sabah, dalam itinerary yang aku dah prepare, trip hari ni ialah ke Kundasang. So aku dah rent a car masa kat airport aritu, utk family aku gunakan ke Kundasang. Seperti biasalah, my handsome hubbylah yang kena drive... Kesian dia... Tapi yang tak bestnya kerete kancil jela.. Mahal sewa keta kat sini. Kancil tu je dh RM108 termasuk insurans. Tapi oklah, asalkan sampai. Cina tu hantar kereta kat Hotel around 12.30pm, meaning that I must bring the car back to the airport by 1.30pm tomorrow. Flight lak lambat. Lepas sign dokumen perjanjian, we all pun memulakan perjalanan.

Memang jauhlah Kundasang ni... Kalau tanya orang kat situ dalam 2 jam lebih. Yang tu no hal lagi, tapi yang tk bestnya, signboard teruk. Tkde langsung tulis ke Kundasang atau at least "To Mount Kinabalu". Luckily my hubby ni memang peramah n rajin bertanya. So selalu lah berhenti kat petrol station atau atau tanya je orang tempatan kat tepi jalan tu. And seperti yang aku mention td, org sini memang best... Helpful in many ways. Knowing that it will be cold up there, I have already bring everyone sweater excluding mine. Byk betul barang aku yang tinggal, sibuk sgt sediakan barang anak2 n hubby. Along the way, memang lalu perkampungan di Sabah, even passby Tamparuli gak. Area ni memang tk byk orang Islam rasanya, bayangkan setiap 500m mesti akan terjumpa anjing di jalan. We need to follow sign board to Ranau in order to reach Kundasang. At last tiba gak kami ke Kinabalu Pine Resort, hotel yang aku book. Hotel ni memang cantik view dia, and masa check in, reception tu dh bgtau, dia bg aku stay kat bilik yang boleh nampak pemandangan paling cantik kat sini, iaitu mengadap Gunung Kinabalu sendiri. Tak sabar rasanya nak jalan2 kat sini.

Lepas letak barang kat dalam hotel, we all terus ke Poring Hot Spring, another 15km drive up towards Ranau. We all have to reach there before 5.30pm, takut tk bleh masuk lagi after that. Nasib baiklah tiba dalam 5.30pm and it's open till 6.30pm.(untuk makluman, kat Sabah ni 6.30 dh gelap mcm maghrib, sbb tu diaorg berbuka posa dulu dr kita). Nak ke hot spring tu, kena lak lalu kawasan mcm hutan lipur, tak jauh sgtlah ke dalam, yg bestnya kena menyeberang jambatan gantung yang bawahnya ada waterfall yang cantik n deras betul airnya. Memang tk bleh mandilah kat air terjun tu. Tak lama berjalan akan jumpa satu open area tempat mandi air panas. Dia buat petak-petak and ada gak kolam kecik. Budak berdua tu mula2 sibuk panas2, yelah baru cecah, memanglah terasa panas. Lepas dah masuk, teruslah happy, almaklum dapat berendam. Aku tak prepare swimsuit diaorg, so kena pakai panties jela mandi. Faris geram je tgk dari atas. Seronok berendam, lebih kurang sejam kt sana, akupun ajak diaorg balik memandangkan hari dah nak gelap. Tak sedaplah sbb bwk Faris, pulak tu kena lalu skit laluan denai. At least dpt lah diaorg merasa berendam kat situ. Buat syarat.

Arrive at hotel and after refreshing, prepare ourselves for dinner at hotel (dinner utk 2 org dah termasuk dlm harga bilik), memang berbaloi. Lagi berbaloi, dinner kat situ nama je utk 2 pax tp mcm utk dimakan oleh 4@5 org..... Ada 1 sup, 2 set sayur, 2 main dishes. Masakan style China, memang la favourite aku esp part sayur tu. Dh kenyang perut, masa untuk berjalan2 sekitar resort, menikmati pemandangan malam dan udara nyaman. Is jugalah yang beralah dgn aku, dia suruh aku pakai sweater dia, dia pakai 2 helai T shirt + 1 singlet utk cover kesejukkan. Drive to nearby market selling local fruits and vegetables. Kawasan sekitar memang teruk berkabus, so tk berani nak drive jauh2 dari hotel. Night mkt tk semeriah kat Cameron lah, ataupun maybe bukan peak season so tak byk yang berniaga. End of 3rd nite

Bercuti Di Sabah (KK dan Kundasang) - Day 2

Bangun! Bangun! itulah perkataan untuk mengejutkan semua orang yang sedap tido. hihihi. After we had our breakfast, all of us including Faris dress up for trip to Monsopiad Culture Village and Lok Kawi Wildlife Park. Actually trip ni disponsor semuanya oleh Ms Diana, dulu dia aku jaga dia masa kat Research Division dulu. Alhamdulillah save skit duit. Esp duit transport. One more thing, Tourism Malaysia's staff get free admission to this Monsopiad Culture Village (jangan mareeee yee). Sbbnya kitaorg selalu bawak group ke sana, so kira a gift from themlah. Kalau nak masuk, banyak gak kena byr, RM45 (adult), RM15 (child 6-12 years) and FOC kalau below 6 years. So kira aku n family save dlm RM120 lah utk masuk tmpt ni je.

Front Desk call our room informing us that the van is here to pick us up. So we all teruslah turun and jumpa dgn driver yang tgh tunggu tu. Van persiaran ni kira di charter utk aku 1 family. A brief descriptions on MCV (Monsopiad Cultural Village), it is a living museum located 16 km or about half an hour away from the KK City Centre. Monsopiad was a fearsome warrior who lived in the village of Kuai nearly 200 years ago. He is a reknown warrior/headhunter of the Kadazandusun people. In the existing house in which the skulls are kept (House of Skulls), we can see all 42 'trophies' of Monsopiad hang from the rafters.

Tiba kat MCV, aku terus mendaftar di sana, as a visitor. And kedatangan kami memang telah dinantikan oleh Admin/Operation Manager di sana iaitu En Awad B.A. Bajrai. After a minute of business deal (exchange name card lahhhh), diapun jemput aku n family for a welcome drink sambil2 dia cerita skit tentang sejarah MCV ni.

Sharp at 9.30am, we all are invited to a hall where they will perform a culture dance of difference ethnics in Sabah. Dalam kul 9.45 mcm tu baru lah nampak muka2 tourists yang lain dtg join kat hall tu. Tarian tu memang telah dijadualkan dan sesiapa yang datang ke sini dijemput melihat dan memeriahkannya. After the performance, Encik Awad introduce me to his brother, En Agil, Managing Director of MCV ni, then accompany us to have a look around the village while explaining some info n history of each event. So dapatlah aku mencuba menyumpit, lastik, kalau berani bleh try makan ulat sagu and mcm-mcm lagi. Ika n Nana teruja tgk salah seorang pekerja kat situ buat demo makan ulat sagu tu depan diaorang. Mamat tu lak saja je main-mainkan ulat sagu tu kat mulut dia. Dah makan, kepala je dia buang... (boleh tak korang imagine???) Yang paling aku takut meniti atas jambatan gantung yang diperbuat dari kayu untuk menyeberang sungai.... Uhhhh seram, dan berpeluh-peluh aku. Nasib cuma separuh jalan je, lepas ambik gambar, kena patah balik. So En Awad nilah yang jadi cameraman keluarga aku. One thing yang paling ketara kat Sabah ni ialah budi bahasa orang-orangnya.... Memang no 1. Kalau dia tau kita tetamu tempat dia, lagilah dia layan betul-betul. Bukan En Awad je tau, majoriti orang Sabah.

Next destination to Lok Kawi Wildlife Park. Actually tempat ni ZOOlah in other words. It was officially open to the public on the 17th February 2007 and located along the Penampang-Papar old road and is fully developed by the Sabah Wildlife Department. The journey to Lok Kawi Wildlife Park takes 30 minutes to an hour’s drive from KK (dalam 20 km rasanya).

Seperti biasalah kat Zoo, so kena lah berjalan lagi. Ika n Nanalah yang paling happy. Dapat lak tgk show dia kat auditorium.. Tunjuk parrot, orang utan dgn telatah masing-masing. Bila performer tu bwk masuk ular jeee dalam tu, lagi meriah dgn jeritan mereka2 yang takur n geli dengan ular. After the show, all of us take a rest while eating ice cream at the cafe before continue our journey. Lagi satu yang budak2 ni suka, burung tiong bercakap. Dia ckp "Hi", "Hello", "Bye Bye" and the most interesting singing "NEGARAKU".

Lepas dah tawaf 1 Lok Kawi tu, perutpun terasa lapar. Decide nak cari tempat makan nearby, but the van driver said that it will be difficult to find Muslim food nearby Penampang, so kitaorg stop by kat kedai nasi ayam (muslim) along the way. Arrive hotel at about 3pm and take a good rest. Sbbnya malam nanti aku nak pi beli kristal lagi. Silap tul aku tk ambik gambar pasar kristal tu.... BUKAN kat Pasar Filipina tau, tapi just beside Le Meridian Hotel. Kat situ lagi murah compare dgn kat pasar Filipina tu. Same quality. Tomorrow, another day to go.

Bercuti Di Sabah (KK dan Kundasang) - Day 1, KK

Alhamdulillah, arini baru aku dapat update pasal trip aku n family ke Sabah. Sebabnya baru mula kerja lepas lama bercuti. So back to the story, our flight is scheduled at 3.10pm. Aku n Is dah start cuti sbb nak settlekan byk benda. Kerja aku biasalah, kena pack barang untuk semua orang termasuklah si kecik Faris ni. Dialah yang paling byk brg nak bawak. Ika n Nana still went to school like usual. They did not know anything about this trip. We planned to go to the airport around 1pm, just after Ika came back from school.

Abg Titik sent us to LCCT (in return we have to send and pick her up to/from LCCT on 4th February for her trip to Cambodia). While waiting to check in, Nana call me and said "Akim tu mak". I couldn't get what she said and try to look at the person she pointed in front of us. Minah kecik ni memang peminat Akim, (bdk AF7 tu), yelah tak pernah missed tgk citer KAU DAN AKU. Rupanya, adalah beberapa bdk2 AF ni yang naik flight yang sama dengan kitaorg. And untuk menyedapkan citer lagi, Akim duduk betuk2 depan Nana dalam flight tu. Mulalah si Nana tersengeh-sengeh, iisssshhh kecik2 dah nampak. All of us knew she likes Akim very much and I have planned to ask Akim for a photograph with Nana n Ika after we arrived in KK.

Both kids was so overwhelmed in the plane (yelah, 1st time naik kapal terbang). Kira untung gakla, sbb kecik2 dh dpt naik. Aku dulu, bila masuk keja kat Tourism brulah merasa naik kapal terbang. Faris, mcm biasa, sentiasa tersenyum je, cuma masa nak take off tu, time tgh laju dia takut gak, sbb Is cakap badan dia keras, tahan takut... tapi lepas dh ada kat atas, ok sampai KK.

Bila dah tiba, ada lak problem kat imigresen sana. Dia tak terima MyKid sbb tkde nama mak. Yang bestnya dia ingat Nana tu bukan anak aku. Sbbnya, aku bwk surat beranak Ika (memandangkan masa dia lahir blum ada MyKid), tapi nana aku tak bwk (just bwk MyKid). Bincang punya bincang, akhirnya dia bg lepas). So PERINGATAN untuk saper-saper yang nak bwk anak bwh 12 tahun ke Sabah, kena bw sekali surat beranak (kalau bleh yang asal), untuk melancarkan perjalanan. Kat semenanjung tak byk citer.... kat sana je.

Time tunggu luggage, akupun terus panggil Akim and bgtau Nana n Ika nak ambik gambar dgn dia. Nana malu2 je, (tgk jela gambar tuuuu). His friendlylah. Akupun terus keluar n ambik keta sewa utk hantar ke Promenade Hotel (RM25 ke hotel)...Tak berapa jauh, cuma around 15 minutes drive from airport to Hotel. After check in and freshen up, aku plan nak ke waterfront, jalan-jalan n makan-makan lepas maghrib. It's just a walking distance from our hotel. Exerciselah skit. Tell u what, mmg best duduk lepak2 kat situ. Angin malam dari laut tu pun dah cukup menyegarkan... but hard to get MUSLIM food there. Kena tgk pulak la tempat yg ada org pakai tudung n lagi satu kedai yang ada tulis muslim food. HARGA??? Memang bleh tahan...MAHAL... Kedai biasa tepi laut, with the price of RM7.50 fpr a plate of fried rice... So bleh bygkanlah berapa kan????

Lepas makan, jalan-jalan ke Pasar malam Kg Air. pun tak jauh dari waterfront tu, just opposite Le Meridian Hotel. Kat situ jual macam pasar malam kitalah, and slalu org semenanjung akan beli UDANG KERING, BILIS and IKAN KERING kat sini. Buah-buahan tempatan dia murah2 gak. Opposite pasar ni, ada pulak pasar jual barang-barang perhiasan wanita (pearl n kristal) n brg2 tiruan. Aku rambang matalah wei.... semua nak beli, nasiblah takut budget lari... tapi apapun kena beli gak sbb dh sampai sendiri kat sini. Nana seperti biasa lah melaram nak gak gelang, Ika je tak nak (al maklumlah, Ika ni brutal skit). Yang best dia cuma nak t shirt je. Tapi dia tak pandai mintak, lps berapa kali tanya, baru bgtau nak apa. Balik dari pasar malam, semua kepenatan kat bilik. Esok, Diana (staff dari TM Sabah) dah confirmkan van persiaran akan ambik di hotel jam 8.30pagi.